Monday 10 April 2017

KEMBARA TIDAK DIRESTUI: SIRI 1

Leave a Comment
Sekitar 1.00 pagi, 12 Januari, 2017 saya dan beberapa orang kawan berbual di sebuah gerai makan [GPS: 5.58265,100.46331]. Itulah kebiasaan kami, setiap kali pulang dari mengajar di Masjid kami bertemu di situ. Pot itu menjadi tempat bersantai ilmu, membahas kitab atau mendebatkan isu. Tapi malam itu bicara kami agak santai: pengalaman mengembara di Indonesia. Dalam grup itu, hanya saya seorang yang tidak pernah ke Indonesia. Bualan mereka menjadi “teaser” yang mendetik hati saya untuk ke Indonesia. Saya tidak memerlukan lebih dari itu untuk mendorong saya mengorak langkah untuik mengembara! Sehingga kami bersurai, saya sembunyikan niat saya untuk ke Indonesia. Tanpa tangguh, pagi esoknya saya  ke kompleks membeli belah CS di Sungai Petani. Saya beli tiket kapal terbang AirAsia di kios AirAsia untuk ke Medan, esok pagi.

DAY ONE: 14 JANUARI 2017

Seawal 7 pagi, saya terus ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. 10.11 pagi WM kapal terbang berlepas. 9.50 pagi WIB saya buat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Indonesia - walaupun sekadar Medan. Sebaik tiba, terus beli Simcard Internet [Rp 105,000]. 11.28 pagi, saya naik keretapi ke Medan [Rp, 100,000]. Kerana tanpa perancangan, saya memilih jalan mudah: menginap saja di hotel yang berada di atas stesen keretapi: Hotel d'Prima [Rp 550,000].

Medan tidak mengujakan saya. Mati akal. Di mana-mana, bila-bila masa, kita terdedah kepada aktiviti "pau" oleh orang yang serumpun dan seagama dengan kita. Hanya satu lokasi yang menarik: kedai buku Gramedia [GPS:  3.584291,98.663879]! Saya beli beberapa buah buku berkaitan pengembaraan. Orang Indonesia, dibandingkan dengan orang Malaysia, mereka lebih gemar membaca dan menulis buku. Banyak buku Travelogue menarik yang dijual. Saya beli banyak buah untuk dibaca dalam perjalanan nanti. 

Malam di Medan bertambah "gelap" dari malam - malam di tempat lain. Benar kata HAMKA bahawa “rasa tidak seronok” menjadikan ratusan  jalan yang bersimpang siur kelihatan satu saja di mata kita. Ditambah pula saya tidak tahu nak ke mana. Jika boleh, saya mahu tinggalkan Medan  secepat mungkin. Buntu. Unggu!

Beberapa jam lamanya saya hanya menikmati suasana damai di lobi hotel. Itu saja yang tahu saya lakukan. Itu saja yang menarik. Hanya itu yang mampu mengisi kekosongan waktu. Ditakdirkan muncul seorang lelaki Indonesia separuh baya datang menyapa saya. Saya perkenalkan diri dan memberikan kad urusan saya kepadanya. Mungkin kerana kad urusan saya itu menarik perhatiannya, beliau berbual mesra dengan saya. Tanpa lengah saya bertanya tentang kemungkinan mengembara ke bahagian lain pulau Sumatera. Responsnya anti-climax! Katanya, di mana saja di Sumatera ini tidak akan lebih dari Medan, sama saja! Komen beliau menghentak hati saya. Bungkam. Tekad, selewat esok, saya harus tinggalkan Medan. Cintaku bukan untukmu, Medan! Saya terus ke kaunter tiket Lionel Air dalam bangunan stesen keretapi itu, untuk bertanyakan tiket ke Aceh. Sayang, tidak ada tiket Lion Air ke Aceh untuk esok. Saya tekad. Saya akan beli tiket di Bandara Kuala Namu. Tiket segera. Itu kebiasaan saya. Paling awal saya “book” tiket tidak awal daripada sehari!

DAY TWO: 15 JANUARI 2017

Seawal 8 pagi, saya menaiki  keretapi untuk ke Bandara  Kuala Namu. Sebaik tiba, saya beli tiket kapal terbang CitiLink untuk ke Aceh [Rp 586,000] - penerbangan 4.15 petang. Nah! Perlu tunggu lebih 7 jam. Jenuh tunggu. 

Terdetik di hati saya untuk menyewa bilik di mana-mana hotel berdekatan. Saya terus menuju ke arah sebuah teksi. Saya beritahu kepada pak supir itu niat saya untuk mencari hotel berdekatan bagi memenuhi ruang 7 jam yang berbaki. Selepas dua kilometer teksi bergerak, beliau mengusulkan agar saya “book” teksinya untuk ronda-ronda Medan. Katanya, lebih berbaloi dan bermanfaat. Saya setuju. Saya membuat keputusan untuk ronda-ronda kota Medan. Sya “book” teksinya untuk ronda keliling Medan [Rp 500,000]. Makan, jalan, makan, jalan.... Tiada arah. Mungkin yang sedikit menarik, saya mengunjungi Belawan, sebuah pekan pelabuhan kecil yang menyediakan khidmat feri ke Malaysia dan Jakarta. Amat menjemukan! 

Sekitar pukul 2 petang saya sudah dihantar ke Bandara Kuala Namu. Pukul 4.15 petang kapal terbang CitiLink berlepas ke Bandara Aceh. Daerah yang terlalu asing kepada saya. Aceh, pada pandangan saya, adalah daerah yang penduduknya berfikrah Islam, tetapi barangkali Islam hukum, bukan Islam kaaffah: komen saya dalam hati! Apapun, saya menaruh harapan! 5.10 petang, tiba juga akhirnya saya ke Bandara Aceh. Tak tahu ke mana. Saya minum di "kantin" bandara - istilah Aceh untuk kios makanan, sambil merancang perjalanan sterusnya. Perancangan saya terhenti apabila saya terlihat skrin TV “khas” yang memaparkan "Amaran Gempa Bumi". Aduh. Aceh juga bakal menjemukan? 
Saya naik teksi untuk ke bandar Aceh. 6.15 petang, saya “check-in” di Hotel Medan – katanya hotel yang popular di kalangan pelancong Malaysia. Tidak ceria. Bualan pak supir tadi memudarkan  hati saya. Katanya, baru malam tadi berlaku gempa kecil. Saya ubatkan rasa hati dengan mengintai deretan kedai di hadapan hotel. Beli baju-T, makan nasi goreng "menu ala Malaysia era 70an". Kembali ke hotel, tidur. Mahu segera tinggalkan Aceh pula! Gila?

DAY THREE: 16 JANUARI,  2017

Seawal 5.30 pagi, pak supir sudah sedia menunggu saya di lobi hotel. Kami kemudian terus ke Bandara Aceh. Beli tiket segera ke Kuala Lumpur [AirAsia | Rp 940,000]. Berlepas ke Kuala Lumpur pukul 8.50 pagi (WIB). Tiba di Kuala Lumpur pukul 11.10 pagi (waktu Malaysia). Saya tidak tahu nak ke mana. Selepas berfikir beberapa minit, saya membuat keputusan untuk pulang saja ke Malaysia. Saya book tiket "segera" ke Hatyai. Saya memilih penerbnagan AirAsia [RM 270.00] untuk penerbangan Kuala Lumpur - Hatyai. Kapal terbang berlepas pukul 4.20 petang WM dan tiba di Hatyai pukul 5.10 petang WT. Tanpa lengah terus naik teksi [B 300.00] ke Hatyai. Saya kemudian menginap di Grand Pink [B1,150.00]. Ronda-ronda bandar Hatyai, kemudian melelapkan mata. Senang hati. Seronok untuk pulang ke Sungai Petani, esok pagi.

3 hari, 4 kapal terbang, 4 bandar! 

Jangan ikut saya! 
Read More...